Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 dihantar ke hospital selepas ruang tamu flat di Sengkang terbakar

May 18, 2023 | 5:02 PM
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang kebakaran berlaku di tingkat empat Blok 443C Fernvale Road, pada Khamis.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang kebakaran berlaku di tingkat empat Blok 443C Fernvale Road, pada Khamis. - Zaobao

Tiga orang telah dikejarkan ke hospital menyusuli kebakaran di sebuah flat Sengkang pada Khamis.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata bahawa ia dimaklumkan tentang kebakaran yang berlaku di tingkat empat Blok 443C Fernvale Road, pada 6.20 pagi.

Tiga penduduk dari flat tersebut telah diselamatkan anggota bomba dan dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) akibat menyedut asap.

Tiga lagi penduduk dari flat bersebelahan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Sebelum ketibaan SCDF, sekitar 50 penduduk blok tersebut telah memindahkan diri sendiri.

Kebakaran yang melibatkan barang-barang di ruang tamu itu berjaya dipadamkan menggunakan jet air.

"Siasatan awal menunjukkan kebakaran mungkin berpunca daripada pek bateri alat mobiliti peribadi (PMD) yang sedang dicas di ruang tamu," kata SCDF.

SCDF mengingatkan orang awam supaya mengambil langkah pencegahan kebakaran PMD seperti tidak meninggalkan peranti pengecas tanpa pengawasan untuk tempoh masa yang panjang atau semalaman, dan tidak membeli atau menggunakan bateri bukan asli.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg