Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 ditangkap dalam kes berkaitan bahan putih di dua pusat agama

Jan 23, 2023 | 9:40 PM
Tiga orang yang didakwa ada kaitan dengan kes bahan putih ditemui di Pusat Katolik di Waterloo Street dan Bible House di Armenian Street telah ditangkap oleh polis.
Tiga orang yang didakwa ada kaitan dengan kes bahan putih ditemui di Pusat Katolik di Waterloo Street dan Bible House di Armenian Street telah ditangkap oleh polis. -

Polis telah menangkap tiga orang yang didakwa ada kaitan dengan kes bahan putih ditemui di Pusat Katolik di Waterloo Street dan Bible House di Armenian Street.

Dua lelaki yang berusia 52 tahun dan 66 tahun, dan seorang wanita berusia 63 tahun telah ditahan selepas siasatan meluas dan dengan bantuan imej daripada alat seperti kamera polis.

Dalam satu kenyataan pada Isnin (23 Jan) polis berkata:

"Bahan dipercayai adalah abu daripada surat khabar yang dibakar, garam dan minyak sayuran, yang dikatakan digunakan semasa kejadian, telah dirampas daripada lelaki berusia 52 tahun itu."

Polis juga berkata bahawa siasatan terhadap kesalahan menyebabkan gangguan awam sedang dijalankan.

Ketiga-tiga mereka adalah sebahagian daripada kumpulan 11 orang - dua lelaki dan sembilan wanita - berumur antara 49 tahun dengan 67 tahun, yang telah dikenal pasti dan sedang membantu dalam siasatan polis.

Selasa lalu, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan untuk menyiasat selepas bahan putih ditemui di Bible House.

Sehari kemudian, penghuni di Pusat Katolik itu dipindahkan dari bangunan sembilan tingkat itu selepas bahan yang tidak dikenali ditemui disembur di sekelilingnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg