Topik diikuti
Pergi ke BHku$3 juta disalurkan bagi memperkukuh pengajaran bahasa ibunda prasekolah
$3 juta disalurkan bagi memperkukuh pengajaran bahasa ibunda prasekolah
$3 juta disalurkan bagi memperkukuh pengajaran bahasa ibunda prasekolah
DEMI memperkukuh pengajaran bahasa ibunda di prasekolah, $3 juta telah diperuntukkan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA)untuk membangunkan sumber pengajaran dan menggalakkan guru-guru menjalani latihan.
Kursus pensijilan baru dalam pengajaran bahasa ibunda juga akan dilancarkan tahun depan untuk meningkatkan kemahiran pertuturan bahasa guru dan pengetahuan mereka tentang budaya dan warisan yang berkaitan.
Kursus tersebut diperkenalkan ECDA dan Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-kanak.
Guru-guru prasekolah akan mendapat bonus latihan $2,000 jika mereka menyelesaikan kursus tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang dan terus mengajar bahasa.
Jurucakap ECDA berkata kursus itu akan memberi tumpuan kepada guru bahasa Melayu dan Tamil sebagai permulaan, kerana kursus bagi guru bahasa Cina sudah wujud, seperti Diploma Pengajian Cina yang ditawarkan Politeknik Ngee Ann.
ECDA akan mempertimbangkan kursus bahasa Cina yang serupa pada masa akan datang.
Mengumumkan langkah-langkah tersebut hari ini di Sidang Tahun Awal Kanak-kanak 2018 yang diadakan di Suntec City, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Desmond Lee berkata: "Tahun-tahun awal adalah peluang keemasan untuk menanam benih cinta untuk bahasa ibunda dan untuk meletakkan asas yang kukuh untuk pembelajaran dwibahasa."