Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 masjid dikunjung pesakit Covid-19 ditutup

Dec 2, 2020 | 12:33 PM
DITUTUP: Masjid Ahmad (kiri), Masjid En-Naeem (atas kanan) dan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim ditutup hari ini bagi kerja pembersihan dan penyahjangkitan.
DITUTUP: Masjid Ahmad (kiri), Masjid En-Naeem (atas kanan) dan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim ditutup hari ini bagi kerja pembersihan dan penyahjangkitan. - Foto MUIS, GOOGLE MAPS

TIGA masjid yang dikunjungi pesakit yang disahkan dijangkiti Covid-19 akan ditutup bagi kerja pembersihan dan penyahjangkitan dijalankan hari ini (2 Disember).

Masjid itu termasuk Masjid Ahmad di Pasir Panjang, Temenggong Daeng Ibrahim di Harbourfront dan En-Naeem di Hougang.

Menerusi laman Facebook mereka, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata tempahan bagi solat berjemaah di masjid berkenaan akan dibatalkan.

Masjid itu dijangka dibuka semula esok.

Muis berkata Kementerian Kesihatan (MOH) kini sedang giat menjejak kontak pesakit dan semua jemaah yang dikenal pasti sebagai kontak rapat mereka akan dihubungi bagi tindakan susulan.

"Ini juga menarik perhatian pentingnya menggunakan TraceTogether semasa pergi ke masjid supaya sesiapa yang mungkin terdedah kepada orang yang dijangkiti dapat segera dikenal pasti dan dihubungi," kata Muis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg