Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 pemegang pas lawatan jangka pendek antara 8 kes Covid-19 baru: MOH

Oct 22, 2020 | 11:13 PM
KES IMPORT DIKESAN DALAM TEMPOH KUARANTIN: Tujuh kes import jangkitan Covid-19 baru dikenal pasti pada Khamis (22 Oktober). Antaranya adalah tiga pemegang pas lawatan jangka pendek yang mempunyai sejarah perjalanan dari India dan Indonesia. - Foto FAIL
KES IMPORT DIKESAN DALAM TEMPOH KUARANTIN: Tujuh kes import jangkitan Covid-19 baru dikenal pasti pada Khamis (22 Oktober). Antaranya adalah tiga pemegang pas lawatan jangka pendek yang mempunyai sejarah perjalanan dari India dan Indonesia. - Foto FAIL -

TIGA pemegang pas lawatan jangka pendek merupakan antara tujuh kes import Covid-19 baru yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis malam (22 Oktober).

Dua daripada mereka warga India yang merupakan anggota keluarga Penduduk Tetap (PR) Singapura.

Seorang merupakan wanita berusia 36 tahun seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia setahun, kata MOH.

Kededuanya mempunyai sejarah perjalanan dari India.

Satu lagi kes pemegang pas lawatan jangka pendek merupakan lelaki Indonesia berusia 70 tahun yang dibenarkan memasuki Singapura bagi rawatan lanjutan kerana telah menerima jagaan perubatan di sini.

Beliau mempunyai sejarah perjalanan dari Indonesia.

Baki kes lain adalah seorang warga Singapura dan PR yang pulang ke Singapura dari Indonesia dan India.

Dua lagi kes merupakan pemegang pas kerja dan pemegang permit kerja yang bertugas di Singapura buat masa ini.

Mereka mempunyai sejarah perjalanan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Myanmar.

Menurut MOH, kesemua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Mereka diuji positif Covid-19 ketika menjalani SHN.

Sehingga 12 tengah hari Khamis, MOH turut mengenal pasti satu kes di dormitori.

Kes ini dikesan menerusi Ujian Rutin Yang Dijadualkan secara dwimingguan ke atas pekerja yang menetap di dormitori.

Dalam pada itu, lapan kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, tambah MOH.

Lagi 45 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg