Premium
3 rakan SG menang anugerah sastera AS
Nov 1, 2020 | 5:30 AM
ISI KELOMPANGAN PASARAN: Tiga kawan sedarjah di Madrasah Irsyad dulu Cik Maryam Dzinnira Mohd Huzaini (kiri), Ustazah Tan Nurul Hafidzah Abdul Hadi (tengah) dan Cik Azlina Wahid (kanan) bergabung tenaga menghasilkan buku kanak-kanak bertajuk 'Ana Muslim' (Saya Seorang Muslim). Buku berhalaman tebal itu diiktiraf dalam Anugerah Buku The Daybreak Press anjuran badan tidak meraih keuntungan berteraskan pendidikan di Amerika Syarikat, Rabata, semalam. - Foto-foto BM oleh NURUL AIN RAZALI -
SEWAKTU belajar di Madrasah Irsyad dahulu, mereka terpaut dengan lagu nasyid Allahu Rabbi.
Lagu tersebut diajarkan guru mereka yang juga pendakwah setempat, Ustazah Siti Rahmah Hamid.

