Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 remaja ditangkap serang budak perempuan di Buangkok

Aug 20, 2022 | 5:30 AM
KUMPULAN TAHUN INI: Kumpulan BTS dari Korea Selatan membawa pulang trofi Kumpulan Tahun Ini sekali gus memecahkan rekod keempat berturut-turut. - Foto AFP
KUMPULAN TAHUN INI: Kumpulan BTS dari Korea Selatan membawa pulang trofi Kumpulan Tahun Ini sekali gus memecahkan rekod keempat berturut-turut. - Foto AFP - AFP

TIGA remaja telah ditangkap selepas seorang budak perempuan diserang di tempat letak kereta bertingkat di Buangkok, kata polis kelmarin.

Pihak polis telah dimaklumkan mengenai serangan ke atas remaja di tempat letak kereta bertingkat di Blok 269 Compassvale Link Selasa lalu sekitar 9.25 malam.

Polis berkata, budak perempuan itu cedera tetapi tidak perlu dibawa ke hospital dengan segera.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan perubatan selepas kejadian.

Pihak polis menambah bahawa ketiga-tiga remaja itu, kesemuanya berusia 15 tahun, ditangkap kerana bertindak mengurung mangsa.

Mereka juga disiasat kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela.

"Orang-orang yang terlibat dalam serangan itu dipercayai mengenali antara satu sama lain," kata polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Video serangan itu telah diedarkan di media sosial.Dalam video itu, tiga gadis, kesemuanya berpakaian baju hitam, dilihat berulang kali memukul gadis berpakaian putih ketika mereka menyoal siasatnya.

Rambut gadis berbaju putih itu ditarik dan mangsa ditolak hingga jatuh ke lantai beberapa kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg