Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 strategi tunggak kehidupan lebih baik penduduk Kaki Bukit

Mar 20, 2023 | 5:30 AM
MAJLIS POTONG KEK: (dari kiri) Encik Lee Hong Chuang, BBM, Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi Hougang; Encik Victor Lye, Penasihat BBM kepada pertubuhan akar umbi GRC Aljunied; Penasihat khas, Encik Lim Boon Heng; Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong; Encik Shamsul Kamar, Penasihat PBM kepada Pertubuhan Akar umbi GRC Aljunied dan Encik Chua Eng Leong, Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi GRC Aljunied di majlis memotong kek sempena ulang tahun ke-40 di Taman Kejiranan Kaki Bukit pada Ahad. - Foto ST
MAJLIS POTONG KEK: (dari kiri) Encik Lee Hong Chuang, BBM, Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi Hougang; Encik Victor Lye, Penasihat BBM kepada pertubuhan akar umbi GRC Aljunied; Penasihat khas, Encik Lim Boon Heng; Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong; Encik Shamsul Kamar, Penasihat PBM kepada Pertubuhan Akar umbi GRC Aljunied dan Encik Chua Eng Leong, Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi GRC Aljunied di majlis memotong kek sempena ulang tahun ke-40 di Taman Kejiranan Kaki Bukit pada Ahad. - Foto ST -

DEMI menghadapi cabaran-cabaran yang disebabkan oleh inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, Kaki Bukit bertujuan untuk membina sekitaran kehidupan yang lebih baik bagi penduduk melalui tiga teras strategi: pembangunan masyarakat, kesihatan dan kesejahteraan serta memajukan penduduknya, kata Penasihat Akar Umbi Encik Shamsul Kamar di sambutan ulang tahun ke-40 Kawasan Undi Kaki Bukit pada pagi Ahad.

"Teras strategi ini bertujuan menyokong para penduduk mengemudi isu-isu yang dihadapi sebagai satu negara hari ini.

"Ini termasuk membantu para penduduk yang memerlukan untuk menampung kos sara hidup yang meningkat serta menyediakan sokongan pekerjaan dan nasihat kerjaya kepada para pekerja kita melalui Hab Pekerjaan Kaki Bukit kami," kata beliau sambil menambah bahawa Kaki Bukit juga akan menganjurkan Program Fiesta Kesihatan dan akan menyokong kempen inisiatif SG Lebih Sihat dengan cara yang lebih baik.

Encik Shamsul juga berkata Kaki Bukit bertujuan memenuhi keperluan pendidikan bagi para penduduk mereka yang lebih muda menerusi perkongsian dengan sekolah serta entiti privet.

Ini dilakukan melalui program-program seperti KidsExcel/ComLink untuk menyepadukan sokongan dan meningkatkan penglibatan dengan keluarga yang memerlukan.

Beliau menambah bahawa sejak beberapa tahun yang lalu ramai para penduduk mempunyai rasa yang mendalam terhadap estet itu dan mereka terus menetap di Kaki Bukit walaupun anak-anak mereka berpindah ke bandar-bandar baru seperti Punggol dan Sengkang.

"Sejak tujuh tahun lepas, ramai penduduk terutama warga emas memilih untuk terus tinggal di Kaki Bukit, tempat di mana mereka memulakan keluarga dan di mana anak-anak mereka membesar," kata beliau sambil menambah bahawa hari ini, ramai penduduk telah berumur dan demografi semasa menunjukkan kebanyakan penduduknya tinggal di rumah tiga bilik.

"Dengan demografi seperti ini, ia menunjukkan kepentingan untuk kita lebih bekerjasama berbanding sebelum ini, dalam menjaga para penduduk terutamanya warga emas," kata beliau yang turut melancarkan buku '40 Tahun di Kaki Bukit' pagi Ahad di Balai Rakyat Kaki Bukit.

Beliau menambah bahawa ini akan dilakukan melalui usaha kolektif dialog penglibatan dan perbincangan untuk mengukuhkan kepercayaan dalam kalangan para penduduk.

"Melalui usaha kolektif seperti dialog dan perbincangan untuk mengukuhkan teras ini dalam kalangan para penduduk, kami akan berusaha bersama-sama untuk menjadikan Kaki Bukit tempat terbaik untuk didiami, bagi para penduduk kami yang memutuskan untuk membina keluarga mereka di sini," kata beliau. - RABIATUL ADAWIYA BINHAN

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg