Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 suspek termasuk remaja 17 tahun, didakwa edar Kpod

Oct 4, 2025 | 3:39 PM
Menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA), individu yang didapati bersalah mengimport, menjual, dan mengedarkan vape dicampur etomidate, atau Kpod akan dikenakan hukuman berat.
Menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA), individu yang didapati bersalah mengimport, menjual, dan mengedarkan vape dicampur etomidate, atau Kpod akan dikenakan hukuman berat. - Foto ST

Tiga individu, termasuk seorang remaja, didakwa oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada 4 Oktober kerana disyaki terlibat dalam mengedar vape dicampur etomidate atau Kpod.

Selepas menyiasat seorang lelaki yang disyaki penyalah guna etomidate pada 2 Oktober, pegawai HSA mengesan dua pembekal, Vernette Heng Cui Teng, 23 tahun, dan seorang gadis berusia 17 tahun, kata HSA dalam satu kenyataan pada 4 Oktober.

Sebanyak 64 pod vape dan komponen berkaitan yang disyaki mengandungi etomidate dirampas dari kediaman Heng.

Sementara itu, 16 objek serupa dirampas dari kediaman remaja tersebut, lapor The Straits Times (ST).

Siasatan lanjut membawa pegawai HSA menemui Amir Shah, 27 tahun, yang disyaki membekalkan pod etomidate kepada remaja tersebut dan seorang lagi penyalahguna etomidate melalui aplikasi Telegram. 

Empat pod vape dan komponen berkaitan yang disyaki mengandungi etomidate dirampas dari kediamannya.

Pod yang dirampas sedang diuji untuk mengesahkan kandungan etomidate dan siasatan masih diteruskan. 

Dua penyalah guna etomidate itu dikenakan denda serta-merta dan akan diwajibkan mengikuti program pemulihan sekiranya vape mereka mengandungi etomidate.

HSA memberi amaran individu yang disabitkan dengan kesalahan mengimport, menjual, atau mengedarkan Kpod akan dikenakan hukuman berat. 

Bagi kesalahan mengimport bahan terlarang itu, hukuman penjara antara tiga dengan 20 tahun serta rotan antara lima dengan 15 sebatan dikenakan.

Bagi penjual dan pengedar pula, hukuman penjara antara dua dengan 10 tahun serta antara dua dengan lima sebatan dikenakan.

Individu yang ingin berhenti menghisap vape boleh mendaftar untuk program QuitVape di laman web gov.sg/quitvape atau menghubungi talian QuitLine Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB)  di 1800-438-2000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg