Topik diikuti
Pergi ke BHku30 belia sertai kem anjuran polis bagi cegah terjerumus dalam jenayah

DENGAR PENJELASAN: Sebahagian belia di Camp Ace yang diadakan di tapak perkhemahan NPCC di Pulau Ubin. - Foto WANBAO
Nov 30, 2017 | 5:30 AM
30 belia sertai kem anjuran polis bagi cegah terjerumus dalam jenayah
SERAMAI 30 belia berusia antara 13 dengan 18 tahun mengikuti kem dua hari anjuran polis yang berakhir semalam.
Dinamakan Camp Ace (All Can Escape) X, kem itu merupakan sebahagian usaha Cawangan Kongsi Gelap (SSB) Jabatan Siasatan Jenayah (CID) untuk mendekati belia serta mencegah mereka daripada terjerumus dalam kegiatan jenayah atau terlibat dalam kegiatan kumpulan samseng.