Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

30 penduduk Bishan dipindah lepas asap hitam, bunyi kuat dari lurang

Feb 24, 2023 | 5:30 AM
HADAPI HUKUMAN: Surya Darmadi antara lain menyogok pegawai di Sumatera agar membenarkan syarikatnya menanam pokok kelapa sawit di tanah yang diisytihar sebagai hutan semula jadi. - Foto PEJABAT PENDAKWA RAYA NEGERI TEBO
HADAPI HUKUMAN: Surya Darmadi antara lain menyogok pegawai di Sumatera agar membenarkan syarikatnya menanam pokok kelapa sawit di tanah yang diisytihar sebagai hutan semula jadi. - Foto PEJABAT PENDAKWA RAYA NEGERI TEBO -

KIRA-KIRA 30 penduduk di Bishan dipindahkan pada pagi Rabu selepas laporan bunyi letupan datang dari sebuah lurang (manhole).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan untuk bantuan berhampiran 34 Binchang Rise - sebuah kawasan berhampiran Bishan Street 21 yang dipenuhi dengan estet privet - pada kira-kira 11.20 pagi.

Menggunakan pengimej haba, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mengesan tanda-tanda haba dipancarkan dari lurang berhampiran.

Walaupun tiada kebakaran, kesan melecur ditemui pada penebat beberapa kabel elektrik di dalam lurang itu, kata SCDF.

Akhbar Cina Zaobao melaporkan bahawa pegawai daripada pasukan respons bahan berbahaya SCDF dan Pasukan Polis Singapura turut berada di tempat kejadian.

Mereka mengepam air ke dalam lurang itu untuk menyejukkannya, dan menggunakan pengesan bahan berbahaya untuk menentukan sama ada terdapat sebarang bahan berbahaya di dalamnya.

Seorang penduduk yang memberikan nama keluarganya sebagai Chen dipetik akhbar itu sebagai berkata bahawa keluarganya mendengar bunyi kuat seperti letupan pada kira-kira 11.10 pagi.

Ia mendorong beliau meninggalkan rumahnya untuk memeriksa.

"Penutup lurang tidak terbang keluar, tetapi asap hitam terus keluar dari pembetung," kata lelaki berusia 50-an itu kepada akhbar The Straits Times.

Tiada sesiapa yang cedera, dan punca kebakaran sedang disiasat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg