Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

30 penghuni terjejas dek kebakaran di Geylang

Jul 31, 2023 | 6:17 PM
TERPAKSA DIPINDAHKAN: Kira-kira 30 penghuni terpaksa dipindahkan selepas kebakaran berlaku di sebuah unit rumah kedai di 61 Geylang Lorong 27 kira-kira 7.30 pagi Isnin.
TERPAKSA DIPINDAHKAN: Kira-kira 30 penghuni terpaksa dipindahkan selepas kebakaran berlaku di sebuah unit rumah kedai di 61 Geylang Lorong 27 kira-kira 7.30 pagi Isnin. - Foto SCDF

Kira-kira 30 penghuni terpaksa dipindahkan selepas kebakaran berlaku di 61 Geylang Lorong 27 kira-kira 7.30 pagi Isnin.

Menurut catatan Facebook oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), kebakaran sedang berlaku di tingkat tiga, sebuah unit rumah kedai, apabila ia tiba. Api telah membakar bumbung dan merebak ke unit bersebelahan melalui bumbung.

“Sangat huru-hara, semua orang bergegas keluar. Saya melihat api menyala di unit sebelah saya, tetapi saya tidak tahu sama ada sesiapa berada di dalam.

“Saya melihat api merebak ke rumah saya. Pasport, barang berharga dan dokumen lain masih ada di dalam. Saya hanya mahu naik ke atas dan melihat apa yang tertingal (dan) jika saya boleh menyelamatkan apa-apa,” kata juruelektrik Encik Muthurama, 45 tahun, yang telah tinggal di sana selama satu setengah tahun.

SCDF mengerahkan 12 kenderaan kecemasan dan sekitar 50 anggota bomba untuk kejadian itu. Pada kemuncak operasi memadam kebakaran, empat pancutan air digunakan untuk mengawal kebakaran. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh sejam dan tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut SCDF, punca kebakaran masih disiasat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg