Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

300 relawan agih barang dapur kepada penduduk susah di Woodlands

Oct 22, 2017 | 6:01 PM
SIFAT IHSAN MERENTASI AGAMA: Dr Yaacob (tiga dari kanan, depan); bersama Encik Vikram Nair (dua dari kanan); dan Haji Abdul Razak (paling kanan) bersenam bersama relawan daripada enam kelompok masjid, belia, penggiat akar umbi serta pemimpin berlainan agama sebelum memulakan 'Laluan Harmoni' dari Masjid Yusof Ishak ke flat sewa di Champions Way bagi memberi habuan kepada keluarga susah sempena Hari Yayasan Rahmatan lil 'Alamin 2017 semalam.
SIFAT IHSAN MERENTASI AGAMA: Dr Yaacob (tiga dari kanan, depan); bersama Encik Vikram Nair (dua dari kanan); dan Haji Abdul Razak (paling kanan) bersenam bersama relawan daripada enam kelompok masjid, belia, penggiat akar umbi serta pemimpin berlainan agama sebelum memulakan 'Laluan Harmoni' dari Masjid Yusof Ishak ke flat sewa di Champions Way bagi memberi habuan kepada keluarga susah sempena Hari Yayasan Rahmatan lil 'Alamin 2017 semalam. - Foto M.O. SALLEH

Seramai 300 relawan masjid dan belia daripada Kolej Yale-Nus dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berjalan kaki bersama dari Masjid Yusof Ishak ke Champions Way, di Woodlands semalam.

Acara yang dinamakan 'Laluan Harmoni' itu dianjurkan Yayasan Rahmatan lil 'Alamin (RLAF) dan diadakan sempena Hari Rahmatan lil 'Alamin 2017.

Relawan itu turut membawa 100 hamper yang diisi dengan barang dapur. Mereka mengagihkannya kepada penduduk susah di Champions Way.

Acara itu antara lain dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim; Anggota Parlimen GRC Sembawang, Encik Vikram Nair; Mufti Negara, Dr Mohamed Fatris Bakaram; Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Abdul Razak Maricar; serta pemimpin agama lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg