Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3,000 SME terlibat dengan Pusat Inovasi, hasilkan 300 projek

Aug 3, 2022 | 5:30 AM
KERJASAMA INOVASI: Pusat Inovasi (COI) Robotik dan Automasi Politeknik Nanyang bekerjasama dengan Sanwa-Intec Asia, sebuah SME yang membekalkan kepada industri automatif, untuk mereka dan melaksanakan huraian automasi dan robotik. Sekitar 3,000 SME terlibat dengan COI di institut pengajian tinggi tempatan dan institut penyelidikan A*Star dari 2016 hingga 2020. - Foto fail
KERJASAMA INOVASI: Pusat Inovasi (COI) Robotik dan Automasi Politeknik Nanyang bekerjasama dengan Sanwa-Intec Asia, sebuah SME yang membekalkan kepada industri automatif, untuk mereka dan melaksanakan huraian automasi dan robotik. Sekitar 3,000 SME terlibat dengan COI di institut pengajian tinggi tempatan dan institut penyelidikan A*Star dari 2016 hingga 2020. - Foto fail -

DARI 2016 hingga 2020, sekitar 3,000 syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura terlibat dengan Pusat Inovasi (COI) di institut pengajian tinggi tempatan dan institut penyelidikan A*Star, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, di Parlimen semalam.

Ini telah membawa kepada 300 projek inovasi, daripada penerimaan dan penterjemahan teknologi kepada pelesenan harta intelek, pembangunan produk bersama dan inovasi bersama.

Tetapi, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) tidak mempunyai data tentang berapa banyak projek ini menghasilkan idea yang berjaya dikomersialkan, kata Cik Low ketika menjawab soalan Encik Desmond Choo (GRC Tampines), yang telah meminta pecahan kes yang berjaya mengikut industri.

Beliau menambah, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022, lebih banyak SME kini akan dapat memanfaatkan keupayaan lebih 80 pusat teknologi, inovasi dan perusahaan, termasuk COI.

"Dalam tempoh lima tahun akan datang, pusat-pusat ini dijangka melaksanakan hampir 2,000 projek inovasi merentas lima sektor perintis: teknologi pertanian, pembinaan, pembuatan makanan, kejuruteraan jitu dan runcit," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg