SERAMAI 309,000 kanak-kanak dari 950 prasekolah dan 185 sekolah rendah telah menghasilkan kraf origami untuk diberikan kepada anggota keluarga mereka yang lebih tua.

Ini sempena kempen tahunan 'Celebrating Our Grands' (Raikan Warga Tua Kita) anjuran Families for Life (FFL) yang menggalakkan keluarga menghargai dan meluangkan masa dengan anggota keluarga lebih tua seperti datuk dan nenek.

Selain membuat kraf origami itu, kanak-kanak tersebut turut menulis mesej yang melambangkan kasih sayang, keprihatinan dan rasa hormat antara lainnya.

Mereka akan memberikan kraf tersebut pada anggota keluarga lebih tua esok (9 Okt).

Orang ramai boleh turut serta dalam kempen tersebut. Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman web FFL https://familiesforlife.sg/ unite-at-an-event/Pages/ Celebrating-Our-Grands-2021. aspx .