Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3,100 flat akan dilancar di Jurong West, Kallang/Whampoa dan Sengkang

Jan 25, 2019 | 4:35 PM
PELANCARAN BTO: Sebanyak 3,100 flat BTO akan dilancar di Jurong West, Kallang/Whampoa dan Sengkang bulan depan.
PELANCARAN BTO: Sebanyak 3,100 flat BTO akan dilancar di Jurong West, Kallang/Whampoa dan Sengkang bulan depan. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melancarkan sekitar 3,100 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Jurong West, Kallang/Whampoa dan Sengkang bulan depan.

Menurut HDB hari ini (25 Januari), mereka juga akan menawarkan lagi flat di bawah Penjualan Baki Flat (SBF).

Sebelum ini, HDB berkata mereka merancang melancarkan sekitar 15,000 flat BTO tahun ini.

Menurut HDB juga, urus niaga flat jualan semula susut sebanyak 20.2 peratus - daripada 7,063 flat yang dijual pada suku ketiga kepada 5,637 flat pada suku terakhir tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg