Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

34 penunggang basikal ditahan dalam operasi 2 hari kerana langgar undang-undang jalanan: LTA

Apr 18, 2021 | 9:00 PM
ABAIKAN PERATURAN: Beberapa penunggang basikal ditahan dalam operasi penguatkuasaan Polis Trafik apabila melanggar undang-undang jalanan. - Foto FACEBOOK PENGUASA PENGANGKUTAN DARAT (LTA)
ABAIKAN PERATURAN: Beberapa penunggang basikal ditahan dalam operasi penguatkuasaan Polis Trafik apabila melanggar undang-undang jalanan. - Foto FACEBOOK PENGUASA PENGANGKUTAN DARAT (LTA) -

SERAMAI 34 penunggang basikal yang melanggar undang-undang jalan raya ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di beberapa lokasi selama dua hari.

Operasi ini dijalankan menyusuli beberapa aduan tentang penunggang basikal yang tidak mematuhi peraturan.

Dalam lampiran pos Facebook pada Ahad (18 April), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata penunggang basikal ini dikesan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan bersama Polis Trafik.

Sewaktu operasi ini dikendalikan, LTA menambah, pegawainy dikerahkan ke Ekspreswe Ayer Rajah, Lebuh Raya West Coast, Bukit Timah dan Tanah Merah Coast Road.

"Sedang kebanyakan daripada penunggang basikal ini mematuhi undang-undang, kami menemui 16 penunggang basikal yang tidak menggunakan topi keledar. Lagi 16 penunggang basikal pula ditangkap kerana tidak menghiraukan lampu trafik merah. Dua lagi kes berbasikal melawan arus trafik," jelas LTA.

Ia bagaimanapun gembira melihat lebih ramai individu mula berbasikal tetapi menggesa mereka agar mementingkan keselamatan di jalanan. Mereka juga harus patuh pada undang-undang dan bertimbang rasa serta baik budi terhadap satu sama lain, tambah LTA.

Konflik tidak berkesudahan antara penunggang basikal dan pemandu kereta muncul lagi pada 1 April apabila pelakon Tay Ping Hui berkongsi video sekumpulan penunggang basikal yang mengabaikan undang-undang trafik awal bulan ini.

Menurutnya, perkara ini merupakan satu isu yang beliau alami buat "berpuluh kali". Tay menyarankan semua basikal di sini harus didaftar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg