Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

350 prasekolah akan menawarkan kelas bahasa Melayu dan Tamil menjelang 2022

Mar 7, 2018 | 4:34 PM
BAHASA IBUNDA DI PRASEKOLAH: Lebih ramai guru bahasa ibunda diperlukan untuk menyokong pertumbuhan sektor tersebut.
BAHASA IBUNDA DI PRASEKOLAH: Lebih ramai guru bahasa ibunda diperlukan untuk menyokong pertumbuhan sektor tersebut. - Foto FAIL

LEBIH banyak prasekolah akan menawarkan kelas bahasa Melayu dan Tamil, sebagai sebahagian usaha untuk membantu kanak-kanak membina asas yang kukuh bagi pembelajaran dwibahasa.

Menjelang 2022, sekitar 350 prasekolah pengendali utama akan menawarkan kelas ini.

Sekarang ini, sekitar 200 prasekolah pengendali utama itu menawarkan kelas tersebut.

Prasekolah pengendali utama menerima geran pemerintah sekiranya mereka memenuhi kriteria mutu tertentu dan tidak menaikkan yuran melebihi tahap tertentu.

Sekarang ini, tiga bahasa ibunda termasuk bahasa Cina ditawarkan di tadika Kementerian Pendidikan (MOE).

Namun menjelang 2023, lagi 50 tadika MOE ini akan dibina.

Rancangan itu diumumkan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di Parlimen hari ini (7 Mac).

"Untuk menyokong pertumbuhan sektor ini, kita mungkin memerlukan lebih 1,000 lagi guru bahasa ibunda menjelang 2020.

"Pemerintah teah menyokong lebih ramai warga setempat untuk menjadi guru prasekolah yang mengajar bahasa ibunda," kata Dr Faishal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg