Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

350 sukarelawan sertai program peringati Hari Pertahanan Mutlak

Feb 4, 2023 | 7:54 PM
ERSEDIA MENGHADAPI KECEMASAN: Sukarelawan Team Nila mempelajari bagaimana untuk melakukan CPR yang merupakan sebahagian daripada Program Kesediaan Kecemasan Masyarakat (CEPP).
ERSEDIA MENGHADAPI KECEMASAN: Sukarelawan Team Nila mempelajari bagaimana untuk melakukan CPR yang merupakan sebahagian daripada Program Kesediaan Kecemasan Masyarakat (CEPP). - TEAM NILA

Seramai 350 sukarelawan Team Nila telah mengikuti sesi Program Kesediaan Kecemasan Masyarakat (CEPP) pertama mereka pada Sabtu (4 Feb) sempena memperingati Hari Pertahanan Mutlak.

Gerakan kesukarelawan negara itu, yang antara lain bermatlamat dalam menggalak budaya memberi dan mengukuh perpaduan sosial melalui sukan itu telah memulakan Jejak Jejak Pertahanan Menyeluruh 2.0 baru.

Acara ini merupakan salah satu daripada tiga komponen yang dilakukan oleh Team Nila sepanjang bulan ini.

Dalam kenyataannya, Team Nila berkata aktiviti kali ini menonjolkan kesiapsiagaan dalam menghadapi krisis selain mengetengahkan kaedah Pertahanan Mutlak yang boleh dilaksanakan dalam kehidupan sehari-hari.

Diadakan di empat ibu pejabat Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di seluruh negara, CEPP memberi tumpuan kepada kemahiran teras menyelamatkan nyawa dan prosedur kecemasan yang lebih menekankan kepada penglibatan praktikal secara langsung.

Dua lagi komponen yang mereka lakukan termasuk melaksanakan Pertahanan Mutlak dengan menyerahkan ikrar dalam talian Pertahanan Mutlak dan mendaftar sebagai Responder SGSecure serta melengkapkan Jejak Pertahanan Mutlak 2.0.

Dilancarkan buat pertama kali tahun lalu, orang awam dapat mengikuti Jejak Pertahanan Mutlak yang membentangkan enam tonggak Pertahanan Menyeluruh seperti The Float @ Marina Bay.

Tahun ini, Jejak Pertahanan Mutlak 2.0 baru membawa orang ramai ke timur Singapura untuk meneroka tapak yang berkaitan dengan Pertahanan Mutlak termasuk Galeri Pelawat NEwater dan e-Kiosk Pos Polis Kejiranan Timur Tampines (NPP).

Jejak baru itu direka oleh sekumpulan pelajar Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang menyerahkan cadangan mereka kepada Sandbox Pertahanan Mutlak.

Ia merupakan sebuah platform yang menggalakkan orang ramai berkongsi idea tentang memperkukuh Pertahanan Mutlak dan menghidupkan idea mereka melalui pelaksanaan dalam masyarakat.

Sehingga 28 Februari, orang ramai dapat menyertai jejak ini melalui permainan dalam talian GameOn Nila! dalam aplikasi mudah alih ActiveSG di mana orang awam digalakkan untuk kekal aktif dan sihat melalui meneroka Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg