Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

357 disiasat libat dalam jenayah penipuan, keldai wang

Mar 11, 2023 | 5:30 AM
LIMA SEKAWAN: Barisan pelakon Pulau, (dari belakang, mengikut putaran jam) Joey Leong, Amelia Henderson, Ms Puiyi, Alif Satar dan Ikmal Amry senangi pengalaman santai jalani penggambaran Pulau di Langkawi. - Foto BH oleh KHALID BABA
LIMA SEKAWAN: Barisan pelakon Pulau, (dari belakang, mengikut putaran jam) Joey Leong, Amelia Henderson, Ms Puiyi, Alif Satar dan Ikmal Amry senangi pengalaman santai jalani penggambaran Pulau di Langkawi. - Foto BH oleh KHALID BABA -

SERAMAI 357 suspek berusia 16 hingga 75 tahun sedang disiasat kerana didakwa terlibat dalam penipuan dan operasi menjadi keldai wang yang menyebabkan kerugian lebih $4 juta.

Polis berkata pada Jumaat bahawa suspek dipercayai terlibat dalam lebih 1,160 kes penipuan.

Ini terdiri terutamanya daripada penipuan panggilan rakan palsu, pelaburan, e-dagang, pekerjaan dan penyamaran rasmi kerajaan.

Menurut laporan The Straits Times, suspek telah ditangkap semasa operasi yang telah dijalankan selama dua minggu di serata pulau antara 25 Februari dan 9 Mac. Operasi tersebut dijalankan oleh pegawai dari Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh divisyen polis.

Para suspek kini sedang disiasat atas dakwaan kesalahan menipu, pengubahan wang haram, atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.

Mereka yang didapati bersalah menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun berserta denda.

Mereka yang disabitkan dengan pengubahan wang haram boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun, denda sehingga $500,000, atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang disabitkan kesalahan menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen boleh didenda sehingga $125,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Polis berkata bahawa untuk mengelak daripada menjadi rakan sejenayah kepada jenayah, orang ramai harus menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian mudah alih mereka.

Mereka yang didapati terlibat dalam sebarang operasi akan dipertanggungjawabkan jika ini dikaitkan dengan jenayah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg