Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

360 tapak berkebun akan dibuka di 8 taman SG

Sep 23, 2021 | 5:30 AM
f7dd98ab-79ca-441e-bf5a-3522308d0392
-

PARA penggemar kegiatan berkebun kini boleh terus mengembangkan minat mereka dengan adanya 360 tapak berkebun baru merentasi lapan taman di merata negara.

Dinamakan sebagai taman petak, setiap tapak merangkumi tapak menanam dan tempat simpanan mini bagi meletakkan peralatan berkebun.

Setiap taman petak itu akan disewa sehingga tiga tahun bagi $57 setahun.

Taman peruntukan ini terletak di taman di Bedok Town dekat Bedok Avenue 3; Choa Chu Kang, bersebelahan Ekspreswe Kranji dekat Choa Chu Kang Drive; Pasir Ris, bertentangan dengan stesen MRT; Sengkang Riverside, dekat Anchorvale Street; Yishun, dekat Yishun Avenue 11; Jurong Central, di persimpangan Jalan Boon Lay dan Boon Lay Way; Kallang Riverside, dekat Kallang Road dan Crawford Street; serta Tiong Bahru, dekat Henderson Road.

Taman Bedok Town akan mempunyai tapak paling banyak dengan 129 taman peruntukan.

Menurut akhbar The Straits Times sebelum ini, lebih ramai orang kini beralih ke aktiviti berkebun sebagai hobi di tengah pandemik dan peraturan kerja yang menyaksikan lebih ramai menghabiskan masa di rumah.

Permohonan dalam talian bagi tapak baru yang akan diperuntukkan menerusi sistem pengundian dalam talian akan dibuka selama dua minggu mulai 10 pagi esok hingga 6 Oktober.

Pemohon yang berjaya akan diberitahu tentang hasil permohonan dalam masa tiga bulan selepas tarikh tutup.

"Orang ramai digalak membuat permohonan bagi tapak berkebun berdekatan dengan rumah mereka," kata Lembaga Taman Negara (NParks) dalam satu kenyataan semalam.

Kesemua 360 tapak baru itu akan membawa bilangan keseluruhan taman peruntukan merentasi 23 taman di Singapura kepada lebih 2,000 tapak.

Selain taman peruntukan, terdapat lebih 1,600 taman masyarakat di atas bumbung dan di taman, estet perumahan, syarikat dan sekolah seluruh negara, menurut laman NParks.

Kedua-dua inisiatif syarikat dan taman peruntukan merupakan sebahagian daripada visi 'City in Nature' atau Bandar dalam Alam Semula Jadi Singapura untuk membuka lebih banyak ruang bagi aktiviti berkebun dalam masyarakat.

Mengulas tentang tapak peruntukan baru itu di Facebook semalam, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata:

"Saya berjumpa beberapa pekebun di Taman Bishan-Ang Mo Kio baru-baru ini dan amat kagum dengan pelbagai tanam-tanaman yang dihasilkan, bunga dan herba-herba yang tumbuh di tapak peruntukan mereka. Ada juga buah tomato, terung dan (daun) rosemary."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg