Topik diikuti
Pergi ke BHku38 kes Covid-19 baru di S'pura; 34 diimport, 4 dalam masyarakat
38 kes Covid-19 baru di S'pura; 34 diimport, 4 dalam masyarakat
SINGAPURA mencatatkan 38 kes baru Covid-19 pada Khamis (21 Jan) menjadikan jumlah keseluruhan kes di sini mencecah 59,235.
Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata terdapat 34 kes import dan baki kes lain melibatkan kes dalam masyarakat.
Antara kes import, 33 kes telah diarah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di Singapura.
Baki satu kes pula diuji negatif Covid-19 setiba beliau di Singapura pada 17 Januari lalu dan sedang mengikuti itinerari yang dikawal semasa berada di sini.
Beliau kemudian diuji positif Covid-19 pada 20 Jan lalu.
Baki empat kes lain membabitkan kes dalam masyarakat.
MOH berkata tiada kes dari dormitori pekerja dikesan.