38 kes tiada kaitan antara 96 kes tempatan baru Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

38 kes tiada kaitan antara 96 kes tempatan baru Covid-19

Aug 6, 2021 | 5:30 AM

38 kes tiada kaitan antara 96 kes tempatan baru Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
7e526121-33c2-4cff-9b77-92940beaf726
-

SEBANYAK 96 kes baru Covid-19 dalam masyarakat di Singapura disahkan hingga 12 tengah hari semalam, umum Kementerian Kesihatan (MOH).

Daripada jumlah itu, 38 kes terkait dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin, manakala 20 kes ada kaitan dengan kes lalu tetapi tidak dikuarantin apabila dikesan.

Baki 38 kes tidak terkait dengan kes lalu sejauh ini, meningkat daripada 30 kes kelmarin.

Menurut MOH lagi, dua daripada kes dalam masyarakat itu ialah warga emas berusia 70 tahun ke atas yang tidak divaksinasi atau hanya menerima sebahagian dos vaksin dan berisiko mengidap penyakit serius.

Selain itu, terdapat dua kes import yang diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasing semasa tiba di Singapura, kata MOH. Seorang daripada mereka dikesan semasa tiba di sini, sementara seorang lagi diuji positif semasa SHN atau dalam pengasingan.

Kes Covid-19 di Singapura berjumlah 65,508 hingga petang semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg