Topik diikuti
Pergi ke BHku3,890 kes baru Covid-19, kadar jangkitan naik ke 1.76
3,890 kes baru Covid-19, kadar jangkitan naik ke 1.76
3,890 kes baru Covid-19, kadar jangkitan naik ke 1.76

KADAR pertumbuhan jangkitan Covid-19 mingguan naik ke 1.76 pada Rabu (11 Mei).
Ini lebih tinggi daripada kadar 1.49 yang direkodkan semalam.
Namun, bilangan kes Covid-19 baru yang dilaporkan hari ini di Singapura jatuh ke 3,890 daripada 4,831 kes pada hari sebelumnya, menurut kemas kini di laman web Kementerian Kesihatan (MOH).
MOH berkata, terdapat 246 kes yang dimasukkan ke hospital dengan enam pesakit dirawat di unit jagaan rapi serta 26 pesakit yang memerlukan tambahan oksigen.
Dua kematian turut dilaporkan.
Terdapat 174 kes import baru, dengan 22 dikesan melalui ujian PCR dan 152 melalui ART.
Singapura telah merekodkan sejumlah 1,228,914 kes Covid-19, dengan 1,358 kematian.
