Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

39 pelajar, 11 staf Sekolah Menengah East Spring bebas Covid-19: MOH

Jun 29, 2020 | 11:48 PM
MOH mengesahkan lagi 202 kes Covid-19 baru pada Isnin, termasuk enam kes dalam masyarakat.
MOH mengesahkan lagi 202 kes Covid-19 baru pada Isnin, termasuk enam kes dalam masyarakat. - EPA-EFE

SERAMAI 39 pelajar dan 11 kakitangan Sekolah Menengah East Spring yang mempunyai kontak dekat dengan pelajar yang dijangkiti Covid-19 disahkan bebas virus tersebut.

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (29 Jun) berkata mereka telah diberikan cuti ketidakkehadiran (LOA) atau arahan kuarantin di rumah sebaik kes melibatkan pelajar itu disahkan pada Ahad. MOH mengesahkan lagi 202 kes Covid-19 baru pada Isnin, termasuk enam kes dalam masyarakat. Empat warga Singapura antara kes baru yang dilaporkan, dan dua lagi melibatkan pemegang permit kerja. Baki kes melibatkan pekerja asing yang menginap di dormitori. Sementara itu, lagi 477 kes Covid-19 telah pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan sejumlah 37,985 telah sembuh sejauh ini di Singapura. Seramai 197 pesakit masih dirawat di hospital, dengan satu dalam keadaan kritikal. Sebanyak 5,453 kes pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg