Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

394 penduduk, pengunjung Blok 325A Sumang Walk negatif Covid-19; 25 individu tunggu keputusan ujian: MOH

Jun 9, 2021 | 11:40 PM
Foto BH oleh KEVIN LIM
Foto BH oleh KEVIN LIM -

DARIPADA sejumlah 419 penduduk dan pengunjung blok HDB, 325A Sumang Walk di Punggol yang sudah menjalani ujian Covid-19, 394 orang diuji negatif bagi virus itu sehingga tengah hari Rabu (9 Jun).

Dalam kenyataan yang memberi maklumat terkini mengenai rejim ujian di estet HDB, Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya berkata bahawa lagi 25 individu menanti keputusan ujian mereka.

Ujian di Sumang Walk bermula pada pagi Selasa. Penduduk dan pengunjung blok itu diminta tampil bagi operasi ujian Covid-19 oleh MOH selepas lapan kes jangkitan koronarvirus dikesan dalam kalangan tiga keluarga yang menetap di situ.

Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Dr Janil Puthucheary, memberitahu media sejumlah 361 penduduk dari 124 isi rumah akan diuji.

Sementara itu, 4.236 penduduk dan pengunjung lapan blok HDB di kejiranan Hougang Avenue 8 juga tampil secara sukarela untuk diuji, kata MOH.

Dari sejumlah ini, 4,140 individu diuji negatif manakala 96 individu yang lain pula menanti keputusan ujian mereka.

Lapan blok yang terbabit adalah 506 Hougang Avenue 8; 511 Hougang Avenue 10; 681, 683 dan 684 Hougang Avenue 8; 682 Hougang Avenue 4; serta 685 dan 698 Hougang Street 61.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg