Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 ditangkap bagi kes tipu e-dagang jual pelitup

Feb 22, 2020 | 12:15 PM
8092072a-292f-4a28-a5dd-86318434e25b
- Foto FAIL LIANHE ZAOBAO

POLIS telah menangkap empat orang berusia 15 hingga 37 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan e-dagang melibatkan pelitup berjumlah lebih $125,000.

Mereka masing-masing didakwa terlibat dalam kes yang berasingan menggunakan wadah e-dagang dan dalam talian seperti Gumtree, Facebook Marketplace, Carousell, WhatsApp dan Telegram.

Menerusi satu kenyataan hari ini (22 Feb), polis berkata mereka menerima banyak laporan daripada individu yang mendakwa mereka ditipu penjual di dalam talian selepas mereka membuat bayaran bagi pelitup.

Selepas membuat bayaran dengan memindahkan wang, penjual itu tidak dapat dihubungi.

Suspek termasuk seorang wanita berusia 24 tahun serta tiga lelaki yang berusia 15, 22 dan 37 tahun.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai penipuan tersebut boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau memberi maklumat menerusi laman web www.police.gov.sg/iwitness .

Semua maklumat dirahsiakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg