Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 kes tipu, salah urus kewangan oleh wakil bertindak bagi orang tiada keupayaan mental

Sep 14, 2022 | 5:30 AM
GANDINGAN LUAR BIASA: Kelunakan suara Anuar Zain dan tenaga vokal kakaknya Ziana Zain menjadikan konsert tiga jam di The Star Theatre, Sabtu lalu, sebagai penawar jiwa pascapandemik. - Foto LIVE NATION SINGAPORE
GANDINGAN LUAR BIASA: Kelunakan suara Anuar Zain dan tenaga vokal kakaknya Ziana Zain menjadikan konsert tiga jam di The Star Theatre, Sabtu lalu, sebagai penawar jiwa pascapandemik. - Foto LIVE NATION SINGAPORE -

PEJABAT Penjaga Awam (OPG) mendapati empat kes penipuan atau salah urus kewangan daripada 46 laporan yang diterimanya sejak tiga tahun lalu yang mendakwa salah laku orang yang diamanahkan bertindak bagi individu tiada keupayaan mental.

OPG, sebuah divisyen Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang melindungi orang kurang keupayaan mental, merujuk satu kes itu kepada polis.

Siasatan masih diteruskan, kata jurucakap MSF sebagai menjawab pertanyaan The Straits Times.

Kelmarin, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mendedahkan angka itu dalam jawapan bertulisya kepada soalan parlimen oleh Encik Sitoh Yih Pin (Potong Pasir).

Encik Sitoh bertanya mengenai bilangan penyiasatan yang dijalankan oleh OPG sepanjang tiga tahun lalu, jenis pelanggaran yang ditemuinya dan tindakan yang diambil terhadap penerima kuasa atau timbalan bersalah.

Seseorang individu boleh melantik seseorang, dikenali sebagai penerima kuasa, untuk membuat keputusan dan bertindak bagi pihaknya jika dia kehilangan keupayaan mental melalui dokumen undang-undang yang dikenali sebagai surat kuasa kekal (LPA).

Jika seseorang itu tiada LPA apabila dia hilang upaya mental, orang tersayang boleh memohon kepada mahkamah untuk dilantik sebagai timbalannya bagi membuat keputusan bagi pihaknya.

Dalam dua daripada empat kes penipuan atau salah urus kewangan, OPG mengarahkan penerima kuasa atau timbalan membayar balik wang itu kepada orang tiada keupayaan mental itu.

OPG juga berjaya memohon kepada mahkamah untuk membatalkan jawatan timbalan dalam satu kes.

Encik Masagos berkata kira-kira separuh daripada 46 laporan itu melibatkan perselisihan faham atau pertikaian antara orang-orang tersayang orang yang membuat LPA.

Tujuh kes melibatkan penerima kuasa atau timbalan tidak mengikut "amalan baik dalam menguruskan harta dan hal ehwal" orang yang mereka bertindak sebagai wakil.

Oleh itu, OPG menyelia kes-kes itu lebih rapi bagi memastikan mereka mematuhi tanggungjawab mereka sebagai penerima kuasa atau timbalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg