Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

4 lelaki ditahan susulan serangan guna pisau karambit di Prinsep Street

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 lelaki ditahan susulan serangan guna pisau karambit di Prinsep Street

Apr 29, 2024 | 08:14 PM



Tiga daripada empat lelaki yang disyaki menyerang dua mangsa pada 25 April di Prinsep Street menggunakan pisau karambit telah masing-masing dikenakan tuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja dengan senjata berbahaya.

Pisau karambit adalah senjata tajam yang mempunyai bilah melengkung dan ia berbentuk pendek.

Ketiga-tiga suspek – Muhammad Fatula Sainal, 23 tahun; Shamirul Azwat Sainal, 21 tahun; dan Shahrul Danish Zainal Abidin, 23 tahun – dikenakan tuduhan tersebut pada 27 April.

Menurut akhbar The Straits Times (ST), polis menyatakan ia dimaklumkan mengenai serangan itu pada 12.40 pagi dan mendapati dua lelaki berusia 23 dan 24 tahun itu cedera di tempat kejadian. Kedua-dua lelaki itu dibawa dalam keadaan sedar ke hospital.


Siasatan awal polis mendapati kedua-duanya dikatakan diserang sekumpulan lelaki selepas berlakunya pertelingkahan.

Polis telah mengenal pasti empat lelaki dalam kumpulan itu dan menahan suspek pada hari yang sama.

Dokumen mahkamah menyatakan bahawa antara 12.30 pagi dengan 1 pagi pada 25 April, ketiga-tiga suspek telah mengelar Koh Wen Hao dan Sher Jun Wei dengan pisau karambit di Jalan Prinsep.

Polis berkata siasatan terhadap suspek keempat, seorang lelaki berusia 23 tahun yang ditahan, sedang dijalankan.

“Polis tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan keganasan yang melampau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan mengabaikan undang-undang,” tambah polis.

Senjata terbabit juga digunakan dalam pembunuhan Orchard Towers pada 2019.

Jika disabitkan kesalahan bagi sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya, pesalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, denda dan rotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >