Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 masjid rintis usaha tawar lebih banyak ruang solat Jumaat buat jemaah sudah divaksin, jalani ujian praacara pada 25 Jun

Jun 19, 2021 | 10:20 PM
2963b548-cd4a-4e2d-8567-d1a384ffc295
- Foto fail

EMPAT masjid di Singapura, Masjid Al-Istighfar, Masjid Ar-Raudhah, Masjid Assyafaah dan Masjid Mujahidin, akan memulakan langkah perintis membuka zon tambahan bagi setiap sesi solat Jumaat buat jemaah yang sudah menjalani vaksinasi atau ujian sebelum acara (PET) pada 25 Jun ini.

Menjelaskan demikian dalam pos Facebook pada Sabtu (19 Jun), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata, ia sejajar dengan garis panduan baru bagi khidmat ibadah di bawah Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat).

Langkah perintis ini meliputi prosedur baru bagi tempahan slot solat Jumaat serta daftar masuk Safe Entry di masjid lebih selamat ini.

Rujuk pada infografik yang disertakan dengan pos ini bagi mengetahui apa yang diperlukan untuk masuk ke masjid PET ini. Muis juga akan berkongsi butiran lanjut mengenai cara menempah slot solat Jumaat di masjid-masjid terpilih ini dan bila serta di mana untuk jalani PET dalam masa beberapa hari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg