Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 orang ditangkap, dadah bernilai sekitar $56,000 dirampas

Sep 18, 2018 | 8:46 PM
OPERASI CNB: Pegawai CNB berjaya menemui 756 gram heroin yang dibungkus dengan plastik dalam cerobong sampah yang dihubungkan dengan unit suspek pengedar dadah yang ditangkap.
OPERASI CNB: Pegawai CNB berjaya menemui 756 gram heroin yang dibungkus dengan plastik dalam cerobong sampah yang dihubungkan dengan unit suspek pengedar dadah yang ditangkap. - Foto CNB

EMPAT lelaki warga Singapura ditangkap dan dadah bernilai sekitar $56,000 dirampas hasil satu operasi yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) semalam (17 September).

Menerusi satu kenyataan hari ini, CNB berkata secara keseluruhan sekitar 803 gram heroin dan 5 gram Ice dirampas.

Menurut CNB, pegawainya telah menangkap seorang lelaki warga setempat berusia 52 tahun dekat Boon Lay Avenue. Lelaki itu didapati memiliki satu paket kecil heroin.

Siasatan lanjut menunjukkan bahawa lelaki tersebut mendapatkan dadah itu daripada seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah dan juga tinggal di kawasan tersebut.

Pegawai CNB menyerbu unitnya dan dua suspek yang berusia 55 dan 63 tahun berjaya ditangkap.

Sekitar 47 gram heroin dan 5 gram Ice turut ditemui dalam unit itu.

Pegawai CNB turut menemui 756 gram heroin dalam cerobong sampah yang dihubungkan dengan unit suspek.

Semasa operasi itu, seorang lagi lelaki berusia 51 tahun yang disyaki menyalahguna dadah selepas didapati berkelakuan mencurigakan di perhentian bas berdekatan tempat tersebut.

Siasatan sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg