Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 orang ditangkap kerana didakwa jual barangan berjenama palsu

May 29, 2018 | 7:04 PM
BARANG BERJENAMA PALSU: Barang yang dirampas polis termasuk kasut, pakaian, beg, topi dan aksesori yang dianggarkan bernilai sekitar $77,000.
BARANG BERJENAMA PALSU: Barang yang dirampas polis termasuk kasut, pakaian, beg, topi dan aksesori yang dianggarkan bernilai sekitar $77,000. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA

EMPAT orang ditangkap kerana didakwa menjual barang berjenama yang palsu, bernilai sekitar $77,000, menyusuli satu serbuan polis di Scotts Road kelmarin (27 Mei).

Suspek termasuk tiga wanita dan seorang lelaki yang berusia antara 25 dengan 48 tahun, kata polis menerusi satu kenyataan hari ini.

Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) menjalankan serbuan di empat kedai di sebuah pusat beli-belah di Scotts Road.

Mereka merampas lebih 600 barang dengan jenama palsu. Ini termasuk kasut, pakaian, beg, topi dan aksesori yang dianggarkan bernilai sekitar $77,000, menurut polis.

Siasatan sedang dijalankan.

Jika didapati bersalah menjual atau mengedarkan barang dengan jenama palsu, mereka boleh dipernjara sehingga lima tahun dan didenda $100,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg