Topik diikuti
Pergi ke BHku4 pasukan muncul pemenang keseluruhan huraian inovatif cegah penipuan
4 pasukan muncul pemenang keseluruhan huraian inovatif cegah penipuan
DALAM perjuangan kolektif mencegah kes penipuan, DBS, Mahkamah Singapura (SG Courts), dan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) telah menganjurkan acara hackathon yang mencabar peserta untuk menghasilkan huraian kreatif bagi membolehkan orang ramai dan syarikat mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.
Acara hackathon itu dianjurkan sedang bilangan kes penipuan di Singapura melonjak akibat kesan pendigitalan yang semakin pesat.
Dianjurkan di bawah tema 'Hackathon untuk Dunia Lebih Baik", ia dilancarkan DBS dan SG Courts pada 2020 sebagai wadah melaksana tindakan bagi mereka yang mahu menggunakan inovasi dan undang-undang sebagai kuasa ke arah kebaikan.
Sebanyak 27 kumpulan yang dianggotai peserta dari pelbagai latar belakang menyertai acara hackathon itu tahun ini.
Mereka telah meluangkan masa selama dua bulan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan huraian bagi isu-isu yang dikemukakan bagi hackathon itu.
Sebagai penutup acara, satu majlis penyampaian anugerah telah diadakan petang semalam di Menara 3 Pusat Kewangan Marina Bay.
Empat pasukan muncul sebagai pemenang keseluruhan bagi penyelesaian inovatif mereka untuk menangani penipuan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Aedit Abdullah; Naib Pengerusi, NCPC, Encik Tan Puay Kern; dan Ketua Kumpulan Undang-undang, Pematuhan dan Sekretariat di DBS Bank, Encik Lam Chee Kin turut hadir di acara itu sebagai tetamu terhormat.