Topik diikuti
Pergi ke BHku4 warga Viet didakwa curi pakaian wanita bernilai $26,000
4 warga Viet didakwa curi pakaian wanita bernilai $26,000
4 warga Viet didakwa curi pakaian wanita bernilai $26,000
CURI PAKAIAN: Penolong Pesuruhjaya Polis Tan Tin Wee (empat dari kiri) dan pegawai lain yang membantu menumpaskan sindiket dari Vietnam dengan hampir 900 barangan yang dicuri, lebih separuh merupakan coli. - Foto BH oleh KHALID BABA -
Sep 19, 2018 | 5:30 AM
EMPAT warga Vietnam dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mencuri pakaian wanita bernilai $26,000 - kes curi paling besar oleh sindiket curi di Singapura setakat ini.
Dua lelaki dan dua wanita itu dikatakan mencuri hampir 900 barang - lebih separuh merupakan coli - dan membungkus barang-barang curian itu dalam beg kertas yang ada 'aluminium foil' bagi mengelakkan pengesanan sensor anticuri.