SEBANYAK 40 daripada 60 dormitori pekerja asing telah menyelesaikan semua langkah persiapan yang diperlukan untuk meneruskan pekerjaan pada Selasa (9 Jun), dengan sebahagian 5,500 pekerja telahpun kembali bekerja.
Minggu lalu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Pasukan Petugas Antara Agensi (ITF) telah mengumumkan kumpulan pertama 60 dormitori yang selamat daripada COVID-19.
Sejak itu, pihak-pihak berkepentingan - pengendali dormitori, majikan dan pekerja asing - telah membuat persiapan yang diperlukan untuk menyambung semula pekerjaan, kata kenyataan MOM pada Rabu (10 Jun).
Ini termasuk memerlukan pengendali dormitori mengatur masa mengambil/membawa pulang pekerja secara berperingkat dengan majikan; majikan mengesahkan atau mengemas kini alamat kediaman pekerja di pangkalan data MOM; dan pekerja memuat turun
FWMOMCare untuk mengemas kini status kesihatan dan melaporkan lokasi kediaman yang sesuai dengan rekod majikan dan pengendali dormitori asrama; selain memuat turun aplikasi TraceTogether untuk memudahkan pengesanan kenalan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg