Topik diikuti
Pergi ke BHku400 penunggang motosikal sertai acara kumpul dana mangsa bencana Sulawesi
400 penunggang motosikal sertai acara kumpul dana mangsa bencana Sulawesi
400 penunggang motosikal sertai acara kumpul dana mangsa bencana Sulawesi
BERI SOKONGAN: Para penunggang sama-sama menyokong usaha mengumpul dana serta meningkatkan kesedaran tentang nasib mangsa di Sulawesi yang ditimpa musibah gempa bumi dan tsunami baru-baru ini. - Foto BH oleh KHALID BABA -
Oct 30, 2018 | 5:30 AM
HUJAN yang turun dengan lebat jelas tidak menjejas semangat sekitar 400 penunggang motosikal setempat yang terlibat dalam satu acara mengumpul dana bagi mangsa Palu dan Donggala, di Sulawesi yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.
Semangat yang dipamer itu mendapat pujian Duta Besar Indonesia I Gede Ngurah Swajaya yang menjadi tuan rumah acara kelmarin yang turut dihadiri tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin.