4,000 kotak rokok terlarang ditemui di pusat pemeriksaan Tuas
4,000 kotak rokok terlarang ditemui di pusat pemeriksaan Tuas
Aug 21, 2018 | 2:51 PM
ROKOK TERLARANG: Rokok terlarang ditemui dalam lori yang berdaftar di Malaysia menyusuli pemeriksaan oleh pegawai ICA. - Foto FACEBOOK/ICA
SEKITAR 4,000 kotak rokok yang tidak dibayar cukai ditemui dalam sebuah lori yang membawa 'alat hawa dingin' di pusat pemeriksaan Tuas Khamis lalu (16 Ogos).
Menerusi laman Facebook mereka hari ini (21 Ogos), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata pegawainya mendapati kejanggalan semasa menjalankan imbasan ke atas barangan yang melalui pusat pemeriksaan itu.
Barangan yang dibawa lori yang berdaftar di Malaysia itu diisytiharkan sebagai alat hawa dingin, kata ICA.
Namun menyusuli pemeriksaan lanjut, pegawai ICA itu mendapati bahawa lori tersebut membawa rokok terlarang.

