LEBIH 4,000 peserta daripada 30 pertubuhan dan institusi pendidikan semalam berikrar memainkan peranan mereka di rumah demi menjimatkan air dan menangani perubahan iklim.

Khususnya, mereka berikrar mengamalkan lima tabiat di rumah - mengepam tandas menggunakan separuh tangki jika boleh, mencuci sayur dan pinggan dalam bekas, menggunakan cawan ketika memberus gigi dan menggunakan mesin pembasuh pakaian dengan muatan penuh.