413 terima bantuan wang dek kesan sampingan serius vaksin Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

413 terima bantuan wang dek kesan sampingan serius vaksin Covid-19

Lebih $1.8j dibayar atau ditawar kepada pemohon Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin
Jan 27, 2023 | 5:30 AM

413 terima bantuan wang dek kesan sampingan serius vaksin Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BANTUAN KEWANGAN: Sejumlah $1,895,000 telah dibayar atau ditawarkan kepada pemohon di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (Vifap). - Foto fail
BANTUAN KEWANGAN: Sejumlah $1,895,000 telah dibayar atau ditawarkan kepada pemohon di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (Vifap). - Foto fail -

SERAMAI 413 individu telah menerima bantuan kewangan pemerintah di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (Vifap) akibat kesan sampingan yang serius berkaitan vaksin Covid-19 sehingga 31 Disember tahun lalu.

Bilangan mereka yang menerima Vifap itu naik daripada 296 pada akhir 2021.

Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin, sejumlah $1,895,000 telah dibayar atau ditawarkan kepada pemohon.

Bayaran Kategori 1 sebanyak $225,000 yang diberikan kepada mereka yang telah meninggal dunia atau mengalami kekurangan upaya kekal menyusuli pemberian vaksin Covid-19, diberikan kepada dua pemohon sejauh ini.

Laporan sebelum ini menyatakan bahawa dalam kalangan mereka yang layak menerima pembayaran maksimum adalah seorang remaja berusia 16 tahun.

Dia mengalami serangan jantung pada 2021 menyusuli sesi angkat berat, enam hari selepas menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty.

Remaja itu dimasukkan ke unit jagaan rapi dan menjalani pemulihan pesakit.

Vifap pula memberi "bantuan kewangan muhibah satu kali" kepada mereka yang mengalami kesan sampingan serius berkaitan vaksin Covid-19.

Untuk melayakkan diri bagi permohonan Vifap, individu tersebut mestilah warga Singapura, penduduk tetap (PR) atau pemegang pas jangka panjang yang telah divaksinasi di bawah program vaksinasi Covid-19 nasional.

Mereka mesti mengalami kesan sampingan yang serius hingga perlu dimasukkan ke hospital, menyebabkan ketidakupayaan atau hilang upaya yang berterusan, atau membawa maut.

Mereka akan dinilai oleh doktor berkaitan dengan vaksinasi Covid-19 individu itu.

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times mengenai seorang bekas jururawat Hospital Besar Singapura (SGH) yang dilaporkan mengalami reaksi yang teruk menyusuli dos kedua vaksin Covid-19, MOH berkata ia belum menerima permohonan Vifap daripada wanita berkenaan.

"Kami telah menghubungi beliau untuk memeriksa sama ada beliau ingin mengemukakan permohonan," kata seorang jurucakap MOH.

"Semua aplikasi Vifap akan disemak oleh panel klinikal bebas.

Untuk melayakkan diri bagi Vifap, panel klinikal itu mesti menilai bahawa kesan sampingan serius yang berlaku itu berkaitan dengan vaksin Covid-19 yang diterima," tambah jurucakap itu.

Bekas jururawat yang menerima suntikan kedua pada bulan Mac 2021 itu telah dimasukkan ke hospital selama 151 hari.

Beliau telah didiagnos dengan gangguan pergerakan tidak sukarela yang menyebabkan beliau berkerusi roda dan memerlukan intubasi berterusan dengan tangki oksigen.

Tiga kategori bantuan kewangan disediakan untuk pesakit yang layak, dengan pembayaran dibuat berdasarkan betapa teruknya kesan sampingan yang mereka hadapi.

Kategori pertama, yang menyebabkan kematian atau menyebabkan keadaan kurang upaya yang kekal, diperuntuk bayaran sekali sebanyak $225,000.

Kategori kedua bagi kes-kes di mana pesakit dimasukkan ke wad jagaan rapi dan selepas itu pulih, diperuntuk bayaran sebanyak $10,000.

Kategori ketiga, bagi pesakit yang dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan, dan selepas itu pulih, diperuntuk bayaran $2,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg