45 pelajar cemerlang dari tiga ITE diiktiraf bagi Anugerah Bestari
Premium
45 pelajar cemerlang dari tiga ITE diiktiraf bagi Anugerah Bestari
Oct 27, 2016 | 5:30 AM
ANTARA YANG TERBAIK: Encik Izzuddin Zulkiflee (depan, berbaju biru) muncul sebagai pemenang Anugerah Pelajar Cemerlang Bestari 4PM tahun ini. Bersamanya ialah empat lagi pelajar cemerlang lain termasuk (belakang, kiri) Cik Nur Asyiqin Mohd Salleh, Encik Muhammad Haiquel Azman, Cik Nur Shafiqah Mohamed Malik (tudung merah) dan Encik Abdul Syukri Badis. - Foto M.O. SALLEH -
SERAMAI 45 pelajar Melayu daripada ketiga-tiga Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah diiktiraf dalam satu majlis Anugerah Bestari bagi meraikan pelajar cemerlang yang memaparkan pencapaian baik dalam akademik dan aktiviti kokurikular.
Pelajar dipilih berdasarkan saranan guru ITE Kolej Central, Timur dan Barat hasil kerjasama rapat antara pihak ITE dengan Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) selama 16 tahun menerusi projek bITE.

