Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

45 pelajar Melayu / Islam ITE terima Anugerah Bestari 4PM

Nov 12, 2019 | 9:05 PM
DIIKTIRAF CEMERLANG: Encik Danial Rashid diiktiraf Anugerah Pelajar Cemerlang dalam majlis penyampaian Anugerah Bestari 4PM semalam. - Foto: ROSLEE RAZAK
DIIKTIRAF CEMERLANG: Encik Danial Rashid diiktiraf Anugerah Pelajar Cemerlang dalam majlis penyampaian Anugerah Bestari 4PM semalam. - Foto: ROSLEE RAZAK -

Seramai 45 pelajar Melayu / Islam dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE), semalam, menerima Anugerah Bestari Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) di ITE Kolej East pada Selasa (12 November). Anugerah itu mengiktiraf pencapaian pelajar Melayu / Islam di ITE dalam jurusan akademik dan kegiatan kokurikular.

Seramai 36 pelajar menerima anugerah akademik yang diiringi wang tunai $250, sementara lagi sembilan pelajar memenangi $200 yang mengiringi anugerah bagi kegiatan kokurikular.

Encik Mohammed Danial Rashid, 19 tahun, penerima tunggal Anugerah Pelajar Cemerlang yang mengiktiraf kecemerlangannya dalam bidang akademik dan jasa yang ditaburkan kepada masyarakat sebagai mentor kepada pelajar kurang bernasib baik. Beliau menerima trofi, sijil dan wang $300.

Dalam ucapannya di majlis itu, tetamu terhormat, Menteri Kedua Kewangan merangkap Pendidikan, Cik Indranee Rajah, melahirkan harapan agar anugerah

menjadi perangsang kepada penerima untuk terus berbakti kepada masyarakat.

"Saya berharap, sewaktu anda masih muda dan bertenaga ini, gunakan masa muda anda dan capailah sebanyak ilmu."

"Bantulah mereka yang memerlukan sekiranya ada kelebihan tenaga dan terus berkhidmat kepada masyarakat," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg