SATU kebakaran berlaku di sebuah flat HDB pada pagi Ahad (16 Sep), membuat kira-kira 45 penduduk sendiri meninggalkan rumah mereka sebelum Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba.
SCDF berkata ia respons pada kebakaran itu, yang menjilat barang-barang dalam sebuah bilik tidur, di Block 307, Tampines Street 32 pada kira-kira 9.10 pagi.
Api dipadamkan menggunakan jet air, dan tidak ada kecederaan dilaporkan.
Punca kebakaran itu sedang disiasat.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg