Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 ditahan, dadah bernilai $790,000 dirampas dalam 2 operasi CNB

Sep 29, 2022 | 5:30 AM
DADAH DIRAMPAS: Dadah jenis ganja, 'Ice', pil Ecstasy dan setem lysergic acid diethylamide (LSD), dirampas pegawai CNB dalam satu operasi Isnin lalu. Tiga alat pemadam api yang telah dilubangkan turut ditemui dalam operasi yang sama.
DADAH DIRAMPAS: Dadah jenis ganja, 'Ice', pil Ecstasy dan setem lysergic acid diethylamide (LSD), dirampas pegawai CNB dalam satu operasi Isnin lalu. Tiga alat pemadam api yang telah dilubangkan turut ditemui dalam operasi yang sama. -

PEGAWAI Biro Narkotik Pusat (CNB) menahan lima suspek pesalah dadah, berusia antara 31 dengan 42 tahun dalam dua operasi antidadah yang dijalankan Isnin lalu.

Kira-kira 8,293g ganja, 20g biji pil yang dipercayai pil ganja, 2,172g 'Ice', 2,026g heroin, 246g ketamin, 191g biji pil Ecstasy, 648 pil Erimin-5 serta 94 setem lysergic acid diethylamide (LSD) dengan jumlah anggaran nilai jalanan sebanyak $790,000 telah dirampas dalam operasi itu.

Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bagi kedua-dua operasi boleh digunakan kira-kira 1,180 penyalahguna ganja, 1,240 penyalah guna 'Ice' dan 960 penyalahguna heroin selama seminggu.

Dalam pada itu, pegawai CNB kelmarin menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 42 tahun selepas memintas kenderaannya di sekitar Rivervale Street.

Kira-kira 6,069g ganja, 524g 'Ice' dan 124g biji pil Ecstasy ditemui dalam kenderaan lelaki itu.

Turut dirampas merupakan tiga alat pemadam api yang telah dilubangkan.

Lelaki berusia 42 tahun itu kemudian dibawa ke kediamannya di kawasan yang sama, di mana kira-kira 2,224g ganja, 20g biji dipercayai biji ganja, 301g 'Ice', 246g ketamin, 1g biji pil Ecstasy, 648 pil Erimin-5 dan 94 setem LSD turut dirampas.

Dalam satu operasi berasingan yang dijalankan pada petang yang sama, pegawai CNB menahan seorang lelaki berusia 33 tahun warga Singapura dan seorang lagi lelaki warga Singapura berusia 42 tahun di sekitar Upper Serangoon View.

12g heroin ditemui pada lelaki berusia 33 tahun itu, manakala kira-kira 31g 'Ice' ditemui pada lelaki berusia 42 tahun.

Siasatan terhadap aktiviti dadah daripada semua suspek yang ditahan sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg