5 ditahan dalam serbuan antidadah di Batam oleh penguasa Indonesia, S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 ditahan dalam serbuan antidadah di Batam oleh penguasa Indonesia, S’pura

Jan 30, 2026 | 3:51 PM

5 ditahan dalam serbuan antidadah di Batam oleh penguasa Indonesia, S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Lima warga Indonesia ditahan, operasi antidadah, Batam, Biro Narkotik Pusat (CNB), Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia
Serbuan itu adalah sebahagian usaha Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam memerangi penyalahgunaan dadah oleh warga Singapura dan penduduk tetap (PR) di luar negara. - Foto CNB

Lima warga Indonesia telah ditahan dalam operasi antidadah di sebuah premis hiburan awam di Batam, yang melibatkan penyertaan daripada Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura.

Dalam satu kenyataan bersama dengan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia pada 30 Januari, CNB menyatakan lebih 100 orang – empat daripadanya adalah warga Singapura – telah diperiksa semasa operasi tersebut.

Serbuan yang dilakukan pada 17 Januari itu adalah sebahagian usaha CNB untuk memerangi penyalahgunaan dadah oleh warga Singapura dan penduduk tetap (PR) di luar negara, tambah CNB dan BNN. 

Operasi itu turut melibatkan pegawai daripada Polis Nasional Indonesia, Tentera Nasional Indonesia, Direktorat Jenderal Imigrasi, serta Direktorat Jenderal Bea dan Cukai (DJBC).

“Usaha bersepadu oleh pelbagai agensi ini menunjukkan komitmen kedua-dua negara bagi menggagalkan aktiviti penyeludupan dadah rentas sempadan dan melindungi masyarakat mereka daripada bahaya dadah,” kata kenyataan tersebut.

Timbalan Pengarah Operasi CNB, Penolong Pesuruhjaya Aaron Tang, berkata:

“Operasi ini adalah satu amaran kepada penyalahguna dadah yang berfikir mereka boleh mengelak pengesanan CNB dengan pergi ke luar negara untuk menggunakan dadah.

“Tiada tempat perlindungan untuk anda jika terus melakukan kesalahan dadah, terutama jika anda tidak menghormati undang-undang negara lain juga.”

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, adalah menjadi satu kesalahan bagi warga Singapura dan penduduk tetap untuk menggunakan dadah terkawal di negara lain.

Mereka yang didapati melakukannya boleh dikenakan tindakan seperti mana jika kesalahan dadah itu dilakukan di dalam Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg