Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 pelajar NUS dipenjara bagi kesalahan seksual dalam 3 tahun lalu

Apr 29, 2019 | 12:51 PM
KESALAHAN SEKSUAL DI NUS: Polis berkata 25 kes kesalahan seksual dikemukakan kepada lembaga NUS antara tahun akademik 2015/16 dengan 2017/18.
KESALAHAN SEKSUAL DI NUS: Polis berkata 25 kes kesalahan seksual dikemukakan kepada lembaga NUS antara tahun akademik 2015/16 dengan 2017/18. - Foto GAVIN FOO

SERAMAI lima pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) telah dipenjara bagi kesalahan seksual sepanjang tiga tahun lalu antara tahun akademik 2015/16 dengan 2017/18.

Mereka dijatuhi hukuman penjara antara 10 hari dengan lapan bulan.

Polis mendedahkan perangkaan itu menerusi satu kenyataan semalam (27 April) sebagai respons kepada laporan akhbar The Straits Times berkenaan hal itu Jumaat lalu.

Menurut polis, sebanyak 25 kes kesalahan seksual dikemukakan kepada lembaga NUS antara tahun akademik 2015/16 dengan 2017/18.

Daripada 25 kes itu, 17 daripadanya melibatkan mangsa yang melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Dengan perundingan bersama Pejabat Peguam Negara (AGC), polis mendakwa tertuduh dalam sembilan daripada 17 kes itu di mahkamah.

Bakinya diberi amaran bersyarat sementara satu lagi kes sedang disiasat.

Daripada sembilan kes yang didakwa di mahkamah itu, lima daripadanya dikenakan hukuman penjara antara 10 hari dengan lapan bulan, kata polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg