Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 pusat ujian, vaksinasi bersama mula operasi

May 24, 2022 | 5:30 AM
- Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
- Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

LIMA Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) akan mula beroperasi serata Singapura mulai hari ini bagi membantu Singapura melangkah ke fasa Covid-19 seterusnya.

Pusat-pusat JTVC yang kini dibuka kepada orang ramai terletak di Jurong East, Pasir Ris, Kaki Bukit, Bishan (gambar atas) dan Commonwealth.

Lima lagi pusat serupa yang akan mengendalikan operasi ujian dan vaksinasi Covid-19 akan dibuka secara bertahap mulai hujung bulan depan.

Warga Singapura boleh menempah slot ujian atau vaksinasi Covid-19 di pusat-pusat ini.

Pusat JTVC dibina supaya operasi boleh dipertingkat jika timbulnya varian baru Covid-19.

Setiap pusat mampu melaksanakan hingga 4,500 vaksinasi dan menjalankan lebih 2,000 ujian setiap hari.

Menurut Pengarah Kumpulan Strategi Krisis dan Operasi MOH, Encik Dinesh Vasu Dash, Singapura akan menutup pusat-pusat vaksinasinya secara bertahap memandangkan kebanyakan warga Singapura sudah pun divaksin.

Buat masa kini terdapat 29 pusat vaksinasi sekitar Singapura.

Tapak-tapak pusat vaksinasi sedia ada, termasuk kelab-kelab masyarakat, akan dikembalikan kepada asalnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg