LIMA lelaki warga Malaysia dihukum penjara antara lima dengan 16 minggu kerana menyeludup tembakau kunyah yang dianggarkan bernilai $213,000 ke Singapura.

Dalam satu kenyataan semalam, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata sejumlah 53,249 peket tembakau Khaini diseludup masuk oleh pemandu lori berusia antara 37 dengan 51 tahun itu.