ANTARA lapan kes import Covid-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (12 Dis) melibatkan lima warga Singapura dan seorang Penduduk Tetap yang mempunyai sejarah perjalanan dari Nepal, Britain dan India.

Hanya Penduduk Tetap tersebut merupakan kes yang disahkan menghidap simptom sejak Khamis lalu manakala pesakit lain pula tidak menghidap simptom dan telah dikesan setelah ujian dilaksanakan semasa mereka menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), lapor The Straits Times (ST)

Baki dua kes lain, merupakan pemegang pas tanggungan yang telah tiba di sini dari Amerika Syarikat dan Maldives.

Usia lapan pesakit kes jangkitan import itu ialah antara 19 dengan 59 tahun.

Kesemua kes itu telah diarah menjalani SHN atau diasingkan setibanya mereka di Singapura, kata MOH.

Tambah pihak kesihatan itu, bilangan kes baru dalam masyarakat kekal rendah dan tiada kes baru yang dikesan sejak minggu lalu.

Terdapat 28 kes yang masih berada di hospital dan tiada yang menerima rawatan unit jagaan intensif (ICU).

Seramai 59 pesakit yang menghidap simptom ringan tetapi masih diuji positif Covid-19 kini masih sedang diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Sementara itu, lagi lima pesakit telah disahkan bebas koronavirus dan diizinkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan, kata MOH.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti