“

LIMA warga Singapura dan tiga penduduk tetap (PR) yang pulang dari Canada, India, Indonesia, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat (AS) merupakan antara 19 kes baru Covid-19 yang dilaporkan pada Selasa (2 Feb).

“

Kesemua kes baru itu kes import dan tiada kes baru dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

“

Mereka semua sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau telah diasingkan setibanya di Singapura.

“

MOH berkata 16 kes baru asimptomatik sementara tiga lagi simptomatik.

“

Tiga pula pemegang Pas Tanggungan yang tiba dari UAE, dua merupakan pemegang Pas Kerja dari Pakistan dan UAE, dan tiga lagi pemegang Permit Kerja yang tiba dari Bangladesh dan Indonesia.

“

Dua daripada tiga pemegang Permit Kerja itu merupakan pembantu rumah, kata MOH.

“

Ia menambah tiga lagi kes baru pula merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek.

“

Dua daripada mereka tiba dari India dan Indonesia untuk melawat anggota keluarga mereka yang merupakan warga atau PR Singapura, sementara seorang lagi tiba daripada Amerika bagi projek tugasan di sini.

“

Dalam pada itu, MOH mendedahkan 30 lagi kes jangkitan Covid-19 telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah mereka yang telah pulih 59,301.