Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

50 kes tingkap jatuh tahun ini, paras tertinggi sejak lima tahun

Dec 12, 2017 | 12:25 PM
TINGKAP JATUH: BCA dan HDB mengingatkan pemilik rumah untuk menyenggarakan tingkap mereka sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan - Foto The New Paper
TINGKAP JATUH: BCA dan HDB mengingatkan pemilik rumah untuk menyenggarakan tingkap mereka sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan - Foto The New Paper -

SEBANYAK 50 kes melibatkan tingkap yang jatuh berlaku tahun ini dan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengingatkan pemilih rumah untuk menyenggarakan tingkap mereka sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan.

Perangkaan itu tertinggi dalam tempoh lima tahun, dengan jumlah tingkap yang jatuh tidak melebihi 46 kes sejak 2012 apabila sebanyak 71 kes direkodkan.

Kebanyakan tingkap jenis sliding yang jatuh berlaku kerana ketiadaan alat penghenti keselamatan yang betul bagi memastikan panel tingkap kekal dalam trak.

Pengarah Kumpulan Fungsi Khas BCA, Encik Lim Beng Kwee berkata tingkap yang jatuh menyebabkan satu ancaman besar bagi awam.

"Kita harus melakukan bahagian kita bagi mengurangkan risiko itu. Semua pemilik rumah dan penyewa harus menyenggarakan tingkap sekurang-kurangnya sekali dalam setiap enam bulan,'' kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg